Tuesday 25 November 2008

Diari Rintihan Seorang Hamba...

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mecniptakan,
Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah,
Bacalah, dan Tuhanmu Maha Pemurah,
Yang mengajar manusia daripada pena dan tulisan,
Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya,
Ketahuilah, sesungguhnya manusia melampaui batas,
Kerana mereka melihat diri mereka serba cukup,
Sesungguhnya kepada Tuhanlah tempatmu kembali..."
[ 96 : 1-8 ]

Aku hamba,
Lemah jiwanya,
Luntur semangatnya,
Tidak bernyawa...

Jauh...kurasa semakin jauh,
Manis...semakin hambar dijiwa
Hilang...semakin pincang kekuatan
Berpecah-pecah menjadi serpihan
binaan asas batu-bata
Tercarik-carik lembaran
permulaan kehidupan...

Ya Allah,
Hatiku semakin jauh dari Mu,
Aku tidak lagi dapat merasa kemanisan sujud kepada Mu,
Tiada tangisan yang kumampu kerana Mu..

Ya Rahman, Ya Rahim...
Jejak pertamaku dalam dakwah sungguh indah,
Hidayahmu sungguh menyentuh nuraniku,
KumengenaliMu Ya Rabb,
Kuselami sirah kekasihMu...

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Latif, Ya Rabb sekalian alam,
Lembutkanlah hati nuraniku kembali ke jalan yang diredhaiMu,
Hati yang semakin keras,
Yang bersalut noda-noda hitam,
Yang semakin kelam,
Yang sangat diidam-idamkan iblis dan syaitan!!!!

Hei diriku!!!!
Jangan biar jalan dakwah tenggelam kerana NAFSU!!!!
Jangan biar hatimu dimiliki iblis syaitan!!!!
Jangan,sesekali jangan biarkan...
Apalah dirimu ini,
Hanya hamba yang kerdil,
Bukan Ad-Deen yang syumul ini
memerlukan khidmat baktimu,
Tapi,
Dirimu yang hina
yang amat memerlukan!!!

Setiap perkataan hambaMu sentiasa diuji,
Aku,...aku lemah menghadapi ujianMU,
Kemanisan dakwah semakin tak kurasa,
Bunga-bunga mengharum
yang bercambah di qalbu,
Semakin layu tidak bersiram...
Jalan istiqamah semakin jauh di persimpangan,
Nikmat dunia mengelabui pandangan,
Nafsu selalu dihadapan,
Memacu diri ke NERAKA JAHANAM!!!!!

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Membolak-balikkan hati,
Tetapkan hatiku pada agamaku dan ketaatan kepadaMU,
Betapa erat ujianMu,
Atas segumpal darah bernama HATI...
Yang bisa rosak hanya kerana sebesar zarah kejahatan!!!!

"7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)
8. Maka sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)
[ 99 : 7-8 ]"

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar lagi MAha Mengetahui,

Berikanlah ku kekuatan
Mencari kembali sinar iman yang kian malap
Mencari ruh dalam dakwah
mencari ukhrawi yang Kau janjikan
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun,
Ampunilah hambaMu yang terlalu lemah menghadapi godaan duniawi
Berilah keampunan pada hambaMu yang kerdil ini,
Berilah hidayah dan rahmatMU,
TUNJUKILAH AKU JALAN YANG LURUS,
Jalan kearah keredhaanMU...
Amiin Ya Allah...

0 comments:

Promo Beliawanis Pembina

Promo Beliawanis Pembina
Jom PEMBINA!!!!!!!!

Tuesday 25 November 2008

Diari Rintihan Seorang Hamba...

Posted by Nahl at 04:16

0 comments on "Diari Rintihan Seorang Hamba..."

Demi Masa...

Tags

Site Info

أهلان وسهلا ومرحبن بكم Photobucket

Followers

Through the Eyes... Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template