Saturday 6 December 2008

Ismail Ibnur Razzaz

Nama ini berdasarkan kepada tokoh jurutera arab yang bernama Ismail ibnur Razzaz al Jazari. Beliau hidup pada kurun ke-12 Masihi, pakar bidang mekanik khususnya bidang hidraulik dan dinamik. Beliau mempraktikkan ilmu yang diketahuinya dengan sistem paip air dalam rumah menggunakan tangki air seperti sekarang, sistem lampu yang menggunakan lilin yang mula menyala pada malam hari sahaja dan tidak terpadam oleh deruan angin kuat pada musim dingin, serta sistem kawalan dan pacutan air di ladang.

Beliau pernah berkhidmat untuk pemerintah Kota Kaifan yang berada di sebelah timur Sungai Dajlah(atau Sungai Tigris);antara sempadan Syria & Turki; Amir al-Artuqi Nasiruddin-Raja Diyar Bakr.

Al Jazari merupakan mekanik dan jurutera yang mahir, seorang yang praktikal, bertanggungjawab melatih para juruteknik supaya lebih mahir dan berkebolehan.

Beliau mengubah landskap Kota Kaifan dengan sistem pancutan air yang pelbagai dan sistem saluran paip air untuk tentera. Beliau merekabentuk dan menghasilkan sistem mengangkat barang-barang berat dari kapal ke pelabuhan dan sebaliknya, pancutan air yg mengeluarkan bunyi yg merdu dan pelbagai, sistem wudhu automatik dan istimewa, sistem pam air untuk mengepam air dari dalam tanah, pelbagai aneka jenis jam yg menarik menggunakan kuasa air,lilin, cahaya matahari, alat2 mekanik, balai pencerapan bintang Samira.

Beliau juga menghasilkan buku-buku kejuruteraan : Kitab fi Ma'rifati'l-Hiyal al -Handasiyyah (Kejuruteraan Mekanikal) dan Kitabu'l-Hiyal fi'l Jam' Baina'l-ilm wa'l-Amal
(Pertautan antara Ilmu dengan Amal). Buku2 ini mengandungi bahagian penting:
Handasatu'l-Mawni (Hidraulik) dan Handasatu'l-Harakah (Gerakan).
Buku ini mengandungi dan membahaskan tentang perkembangan ilmu mekanikal orang Greek terdahulu sehingga zamannya (kurun 12 masihi) beserta pandangan dan fikiran beliau dgn hidayah Allah SWT. Al-Jazari juga telah mengemukakan teori masa yg tidak bergantung kpd perkara-perkara atau parameter2 lain. Newton telah meniru teori Al-Jazari dgn mengemukakan teori masa mutlak.

Sebelum menguasai bidang mekanik, beliau telah menghafaz al-quran dan banyak hadith.
Raja Kota Kaifan, negeri Diyar Bakr, amat menghargai dan meraikan tokoh cendekiawan, dengan mengadakan majlis khas untuk meraikan ketibaan Al-Jazari ke Kota Kaifan.

Al-Jazari mengatakan ilmu mekanik ini mengkaji dua perkara ;
  • Penarikan barang-barang berat
  • Penghasilan alat-alat mengkagumkan
Peralatan canggih ciptaan beliau telah digunakan di tiga bandar utama pada zamannya. Kejayaan beliau ini telah diiktiraf ilmuwan barat sebagai kemuncak pemikiran Arab Islam.

Rujukan: Fayyad, Sulayman, Ibnu'r-Razzaz, Tokoh Kejuruteraan Arab, Dewan
Bahasa dan Pustaka, kl, 2002. Blogger : [Musafir Kelana]. [http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=print&sid=1579]. Pameran Kegemilangan Sains

Hmm...

Sebenarnya ilmuwan2 terulung adalah terdiri daripada umat2 Islam. Tapi banyak kitab2 yang dihasilkan yang telah dimusnahkan (peristiwa Baghdad diserang tentera Tartar-sungai hitam) dan dicuri...

Kalau kita rasa kagum sgt dgn ilmuwan barat spt Albert Einstein atau pun Isaac Newton,
rasa kagumlah dengan ilmuwan Islam - Thabit bin Qurrah:Pengasas terulung dalam bidang matematik kalkulus, Ibnu Sina:bidang perubatan, Al-Khawarizmi:tokoh dalam bidang algebra & astronomi, Hassan Al-Haitham:tokoh dalam bidang optik(beliau dah kaji dulu hukum pembiasan & pantulan sebelum Snell dan Descartes jumpa hukum tersebut), dan banyak lagi penemuan2 yang ilmuwan Islam yang dah kaji dahulu sebelum ilmuwan Barat kaji... Penduduk Eropah kan melalui Zaman Kegelapan...lepas tu Zaman Renaissance...[Buku sejarah form5]... Walaupun tak banyak pasal sejarawan Islam yang kita tahu [ yela...sejarah yang kita belajar kat sekolah tu sangatlah sikit daripada apa yang sebenarnya berlaku-ada yang diputar belitkan...tanya budak2 sekarang, ramai yang tak tahu pasal UMAT KEGEMILANGAN ISLAM YANG PERNAH MENGUASAI 2/3 DUNIA, kalau tanya pasal britney spears, semua lulus....] ketahuilah bahawa, jika kita mengamalkan Islam dalam kehidupan, InsyaAllah kita pun boleh jadi 'sejarawan Islam' juga...

Abu Ali Hassan Al-Haitham - dikenali sebagai Al-hazen dibarat - tokoh OPTIK moden

Apa yang kurang, adalah daripada saya sendiri dan segala ilham hanya datang daripada Allah, Tuhan Yang MAHA MENGETAHUI...

Promo Beliawanis Pembina

Promo Beliawanis Pembina
Jom PEMBINA!!!!!!!!

Saturday 6 December 2008

Ismail Ibnur Razzaz

Posted by Nahl at 04:57 0 comments

Demi Masa...

Tags

Site Info

أهلان وسهلا ومرحبن بكم Photobucket

Followers

Through the Eyes... Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template