Monday, 9 November 2009

Marhalah Hidupku...

Sebuah Cerita..... Drp sumber : layari www.sufi-askari.blogspot.com

“Huh…penatlah…dah…kita berhenti dulu la ye…tak larat…tak warming up pun tadi…”

“Dah penat ke?Hehe...tadi kata nak main dua tiga jam...baru 45 minit ni..."

“Sudahlah…perli ke?”

“Tak la perli…flashback je…tu la…hanya cita-cita je yang besar tanpa kemampuan yang sama mungkin mengundang musibah”

“La..musibah apa pula? Main badminton pun boleh ada musibah ke?”

“Sya... Cuba la absorp kenyataan tu dalam skop yang lebih luas…let’s say, in our life…”

“Erm…Sya tak fahamlah Dijah..badminton pun boleh aplikasi dalam kehidupan kita ke?”

“Ni tak faham ke atau buat-buat tak faham…?” Soal Khadijah kepada sahabatnya itu.

“Yelah…sekarang Dijah tengah cakap pasal badminton kan?”

“Sahabatku Aisya Humaira’…”

Hidup kita hanya sementara,

Menjadi musafir di dunia yang fana,

Ditemani cahaya terik di siang hari,

Dihembusi angin malam menyejuk jiwa,

Hujan bisa sahaja turun tanpa dipinta,

Badai bila-bila sahaja akan menyapa...

Warkah menuju syurga,

Tercatit dalam firman-firman Yang Maha Esa,

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan "Kami telah beriman“ sedangkan mereka tidak diuji?"

Mehnah tumbuh melata,

Kerehatan bukanlah untuk selama-lamanya,

Tanpa usaha manakan sampai ke puncaknya.

Setiap insan ujiannya berbeza,

Allah Maha Mengetahui tentang ciptaanNya

"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya :Al-Baqarah-286"

Setiap langkah marhalahnya berbeza,

Istiqamah adalah teknologinya,

Andai futur,

Kembalilah ke pangkalnya,

Tahajud mengabdi diri,

Kalimah Allah penyuci jiwa...

"Indahnya kata-kata Dijah...Sya dah faham...hmm...kita kena lakukan step by step dalam setiap perkara. Kalau lompat terus, nanti terjatuh pula..." Ujar Aisya Humaira‘.

Sahabatku Ankabut berkata,

ان الفترات بعد المجا هدة من فساد الأبتداء

Sesungguhnya lemah semangat selepas bermujahadah adalah kerana permulaan yang fasad,

Pemuda-pemudi Islam tinggi jihadnya,

Semangatnya membara-bara,

Hutan belantara sanggup diredahnya,

Namun, mampukah bertahan jika iman tak kuat di dada?

"Sya, orang muda macam kita ni, kadang-kala sanggup buat apa sahaja...tapi kalau tak istiqamah, mungkin di pertengahan jalan, bukan setakat jatuh, tergolek-golek nanti..." Ujar Khadijah.

"Haha...yelah Dijah...setiap apa yang kita cakap pasti akan diujikan...Sebelum kita main badminton, sepatutnya kita warm up...nanti takdelah sengal-sengal badan..hehe...takdela tercungap-cungap macam Sya selepas 45 minit...Hmm...kalau kita main badminton selalu, nanti tak terasa pun kepenatannya...Skil main badminton pun bertambah...Dan tidak lupa, sebelum main, kena pastikan diri kita dah makan awal-awal...Macam melengkapkan diri kita dengan bekalan iman..."

"Dijah dengar pula Sya berkata-kata ye...."

Iman dan taqwa adalah pelincir sebuah kereta,

Istiqamah pula adalah petrolnya,

Niat adalah enjin yang menggerakkan pistonnya,

Karburetor membakar semangat jiwa,

Langkah kita umpama stereng kereta,

Kalau terus gear lima,

Matilah enjin kereta...

"Sya!!!!"

"Hehehehe....."

Sunday, 28 June 2009

Dunia ni Kecik je kan!!!!!!!!!!!

Dunia ni kecik je..jangan kita sangka ia besar sgt...Sabda Rasulullah, Hari Qiamah umpama antara dua jari...tu zaman Nabi SAW..dh brape lame ms berlalu... Hari Qiamah? Semakin menghampiri

Hari ni hari keempat bertugas sebagai LO Kolej MAWAR...Hari pertama, ikut jadual key in data..memandangkan ana start key in data malam, maka bertugaslah sebagai runner...maka berlari-larilah anak pak cik Talib ni dr bwh smpi la tingkat teratas blok...mcm chipsmore pun ada...kejap kat sini kejap kat situ, kejap lagi ntah kat mana-mana je...heheh...

Tapi sayu masa hari pendaftaran 27 jun tu...sayu dan terharu...Ramai yang daftar...siap jumpa schoolmate lg...hehe..tp yg sayunya bila melihat ibu bapa pelajar...Betapa besar pengorbanan ibu bapa demi anak tercinta...bersusah payah mengangkut barang anak-anak walaupun tingkat teratas...maklumlah, tak de lift blok dorg tu..
"Tingkat 4? atas lg..fuh...penat la pakcik..."
"Lagi satu tingkat ke?"
"Barang apa ntah yang anak pak cik bawak.."

itu antara luahan ibu bapa... nak dibukak cerita, punya la mak ayah berpeluh angkat barang2 anak dorg,jgn kata mak ayah, tok ayah, opah, mak su, pak lang...segala pak..pak pun turut mengangkut brg2 pelajar yg melampau beratnya...fuh...mcm nk duk bilik tu selama-lamanya...tapi pemandangan dilihat,ayah berpeluh kat belakang, anak kat depan lenggang bwk beg sandang dengan fail dengan x-ray yg gedabak tu..Ibu bapa tak kisah pun..Gembira anak dpt sambung belajar...tp anak-anak sekarang, tak tau kenang jasa...(ana pun byk derhaka kat mak abah)...dah tu, ibu bapa yang lebih mesra daripada pelajar...penatlah Pembantu Mahasiswa dan urusetia kolej menunjukkan senyuman yang terlebih gula, pelajar masam...tak senyum...masing2 muka tegang...mak ayah gak yang mesra alam...Duhai anak-anak, KENANGLAH JASA ORANG TUAMU!!!!!!!!!
p/s : banyak la karenah sepanjang pendaftaran...nak tergelak pun ada

Malam, pendaftaran bermula!!!! Dengan sakit pinggangnya, sakit kepalanya, sakit jiwanya...segala sakit...termasuk sakit mata(NGANTUK!!!) key in la data pelajar baru ni...Cukuplah dengan sticker yg salah, pastu ditambah dengan tulisan pelajar yg lawa dan 'terlebih lawa', penat ambe...sakit otak dibuatnya...yang buat ana nak tergelak bila kad matrik ada 10 angka tapi ada student fill berlebih-lebih jumlah angkanya...pening...pening...hairan jugak..terang lagi nyata kat surat tawaran 10 angka...pandai2 je tambah lg dua tiga angka...hehe...

Hari ni urusetia kolej Mawar, satu-satunya kolej kat UiTM Shah Alam ni yang TERLIBAT uruskan makanan pelajar baru untuk sesi senam tari...uwekkk....1MALAYSIA...ceh...kan bagus guna 1UMMAH!!! Yela PM Malaysia, YAB D.S Najib dgn Rosmah nak dtg...

ana pun menyibuk gak..amek gmbr PM..hehe...tapi xde benda nk citer pnjg...

sumer citer di atas tak de kaitan sgt dgn headline ...hehe...nak cakap dunia ni kecik kn...hehe...mlm tu lepas program pelajar baru, ana terserempak dengan dua orang kakak yg sdg mencari-cr rumah tamu...ana pun tunjuk la arah kat dorg...

Ana :"Akak dari mana"
Akak1 : "Dari JB"
Ana : "5jam ye kak?"
Akak1 : "ha'ah..lebih kurang la..."
Akak2 : "5jam ke...6..7..8..eh 6jam lebih gak"
Akak1 : "aaa..adik asal mana?"
Ana : "Melaka...tapi kampung kat JOHOR gak"
Akak1: "Johor..kat mana?"
Ana : "Pontian"
Akak1 : "oh..akak kat rengit"
Ana : "oh..ayah saya kampung kat rengit"
Akak1 : "rengit kat mana?"
Ana : "emmm...sungai dulang"
Akak : "Ayah nama sape?"
(Kami dalam keadaan tertanya-tanya antar satu sama lain)
Ana : "Abu Talib"
Akak1 :"bin?"
Ana : "Abu Bakar"
Akak1 : "Mak sape nama?"
Ana : "Saliah..."
AKak1 : "sebelah umah tuk tu sape?sape tu..???"
(naluri ana nak sebut tok ru...)
Ana : " Pok de? emmm...mak ru(ayah ana panggil mak ru).."
Akak1 : "HAH!!! tu la mak akak...eh akak lak...mak cik la..."
Ana : "Patutla mcm biasa je tengok muka akak...eh..mak cik..."
Akak1 : "Anak Abang Talib rupanya..."
Akak2 : "Macam mana sedara sendiri pun tak kenal ni?"
Akak1 : "Kecik je dunia ni kan..."

heheheh...dialog lain tak bape penting...rupanya lecturer UTM duarg tu yg nk buat research kat uitm ni, salah seorangnya mak cik ana...heheh...dasar tak kenal sedara ana ni...heheh...

Tuesday, 9 June 2009

WalimaH...Walimah...Walimah...

Barakallahu Lakuma wa barik 'alaikum wa jama'a bainakuma fil khair....

Tanggal 5 Jun 2009 jam 10.30pm ( lebih kurang la..) bersatulah dua hati dengan ikatan pernikahan yang sah...

Barakallahufik Abg Man wa kak Syam!!!

Muktamar sepupu sepapat...

Pejuang fid deen!!!! Siap sedia!!!!!!!!!!

Special photographer...penasihat electronic devices ku...

Abg Man & Kak Syam...dua2 student UIA...Diam2 Bang Man rupanya.....

Hehe...tak tau nak letak caption pe...dgn ADNAN!!! PEtanI ModeN- kecik2 lgi dah pandai bertani -labu yang dia tanam besar wo....

Friday, 5 June 2009

الاْخوان المسلمون

SEJARAH IM & PENGASASNYA

Ikhwanul Muslimin (IM) adalah satu gerakan Islam yang mengajak dan menuntut agar tertegaknya syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW, dan diserukan oleh para salafus-soleh, bekerja denganNYA dan untukNYA, keyakinan yang bersih yang berakar teguh dalam hati, pemahaman yang benar yang akal dan fikrah, syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh), perilaku dan politik. Kini, gerakan IM tersebar ke seluruh dunia.

Pengasas IM adalah Imam Hassan Al-Banna (HAB) yang dibunuh kerana membawa Islam. Meskipun beliau hanyalah seorang tukang jam, seorang guru dan seorang mujahid. HAB dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di Mahmudiyah, Mesir. Beliau merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik kepada pasangan Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna, seorang tukang jam dan Puan Fudhla seorang wanita yang pintar, peka, mahir dalam pengurusan rumah tangga serta tegas dan mempunyai kekuatan kehendak yang diwarisi HAB.

Bapa HAB merupakan ulama sunni berguru dengan Muhammad Abduh juga penyusun hadis imam 4 serta penulis buku hadis. Beliau mempunyai benyak koleksi kitab-kitab dan buku-buku dan sering bermusyawarah dengan ulama' dan cendekiawan.

ADik beradik HAB adalah
1. Abd Rahman - pengasas Persatuan Tamadun Islam dan kemudiannya bergabung dengan IM
2. Fatimah
3. Muhammad
4. Abdul Basit - merupakan polis di Kaherah tetapi kemudian berhenti berpindah ke Saudi (ana tak ingat pulak bila dan mengapa beliau berhenti)
5. ZAinab - meniggal dunia ketika kecil
6. A. Jamaluddin - dikenali sebagai Jamal Banna dan merupakan seorang penulis dan pengarang
7. Fauziah - isteri kepada Abd Karim Mansur, seorg peguam yang menemani HAB dan ditembak di hadapan Pejabat Syabab Al-Muslimun bersama Imam HAB.

Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. (Mitchell 1969, 2; Lia 25-26). Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.

Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British. (Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27)

Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30)

Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka "matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan". Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bhs Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez. (Mitchell 1969, 6)

Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.

Sebagai anak sulung dalam keluarganya, HAB sangat ambil berat pendidikan adik-beradiknya. Beliau merupakan penasihat peribadi ayah dan adik-beradiknya. Beliau juga berperanan dalam perkembangan pendidikan abang-abangnya. Kerana peribadinya, beliau menekan disiplin dalam keluarganya serta beliau juga mengatur perbelanjaan dalam keluarganya. Ketika bekerja sebagai guru, beliau sanggup memotong sebahagian gajinya dan peruntukkan untuk keluarganya. Hal ini menjadikan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat.

Kepintaran HAB dan pendidikannya tidak dibatasi masa, sebaliknya beliau mengurus masa beliau dengan sistematik. Ketika siangnya, beliau akan belajar di sekolah, setelah tamat sesi pembelajran, beliau akan belajar membaiki jam dengan ayahnya sehingga isya'. selepas Isya' adalah waktunya untuk mengulangkaji pelajaran dan waktu SUbuh adalah waktunya menghafal Quran.

Jamaah Ikhwanul Muslimin berdiri di kota Ismailiyyah, Mesir pada tahun 1928 iaitu 4 tahun selepas kejatuhan sistem khalifah Islam terakhir iaitu Khalifah Turki Uthmaniyyah oleh HAB, bersama keenam tokoh lainnya, yaitu Hafiz Abdul Hamid, Ahmad al-Khusairi, Fuad Ibrahim, Abdurrahman Hasbullah, Ismail Izz dan Zaki al-Maghribi. Ikhwanul Muslimin pada saat itu dipimpin oleh Hassan al-Banna. Pada tahun 1930, Anggaran Dasar Ikhwanul Muslimin dibuat dan disahkan pada Rapat Umum Ikhwanul Muslimin pada 24 Sep 1930. Pada tahun 1932, struktur administrasi Ikhwanul Muslimin disusun dan pada tahun itu pula, Ikhwanul Muslimin membuka cabang di Suez, Abu Soweir dan al-Mahmoudiya. Pada tahun 1933, Ikhwanul Muslimin menerbitkan majalah mingguan yang dipimpin oleh Muhibuddin Khatib.

Pemikiran IM adalah berlandaskan syariat Islam serta amal berterusan iaitu : -

1. Baiki diri - 10 muwasafat
- aqidah sejahtera
- ibadah sahih
- akhlak mantap
- mampu bekerja
- berpengetahuan luas
- tubuh yang cergas
- sangat menjaga waktunya
- mujahadah li nafs
- teratur urusannya
- bermanfaat kepada orang lain

2. Baitul Muslim - didik keluarga dgn cara Islam & hormat fikrah Islam
- Dahulukan hak & Tanggungjawab

3. Bimbing Masyarakat -kembang aspek dan budaya Islam dlm msykt
- Amar Makruf Nahi Munkar

4. Kerajaan Islam

5. Bebas tanah air daripada kuasa asing

6. Satukan negara-negara Islam

7.Panji Islam kembali berkibar - satu suara, perpaduan ummah

MOTTO IM
-Allahu Ghayatuna
-Ar-Rasul Qudwatuna
-Al-Quran dusturuna
-Al-jihadu sabiluna
-Al-mautu fisabilillah asma' amanina

Ruang lingkup dakwah IM
-Dakwah Salafiah
-Tariqah Sunniah
-Hakikah Sufiyah
-Hai'ah Siyasiah
-Jamaah Riyadiah
-Rabitah Ilmiah Thaqafiyah
-Syirkah Iqtisodiyah
-Fikrah ijtimaiah

yang melingkipu seluruh aspek....

PIMPINAN IM

1.Hassan Al Banna (1928-1949)

2. Hassan Al-Hudaibi (1949-1972)

3.Umar Tilmisani (1972-1986)

4.Muhammad Hamid Abu Nasr (1986-1996)

5.Mustafa Masyhur (1996-2002)

6. Ma'mun Al-Hudaibi (2002-2004)

7. Muhammad Mahdi Akif (2004 - current)

Thursday, 4 June 2009

Alhamdulillah...tenkiu kak Ila...

بسم الله الرحمن الرحيم
~ syarat-syarat sah jual beli award ini :

:: pastikan jantina anda perempuan

Dilahirkan sebagai seorang muslimah dgn berat lebih kurang 2.90 kg...hehehe...dulu masa kecik2 kwn panggil tomboy...Alhamdulillah masih kekal dgn naluri kewanitaan...

:: copy badge sebagai award anda

tapi tak best la award ni..sebab tak pakai tudung..nak tukar dgn yg lebih comey...

:: Nyatakan 7 sebab anda bangga menjadi seorang perempuan

1. Alhamdulillah sebab dijadikan seorang wanita. Wanita dijadikan dengan 9emosi 1 akal...
Sebab tu la sensitiviti wanita lebih tinggi...Contoh macam cerita SPM tu..The Pearl... mak lebih sensitif dan tenang utk mencari doktor berbanding si ayah yang teramat la panik sebenarnya.
2. Wanita kan dijadikan untuk lelaki...di sebalik gagahnya seorang lelaki, ada isteri menjadi sulbi...This one no further comment..hehe...
3.Ana perasan la...adik beradik ana, ape-apehal call mak ana...dari sekecil-kecil hal sampai la sebesar-besar hal...mana ada contact ayah ana..kalo ayah yang angkat phone, tetap nak cakap dgn mak, tak nak ckp dgn abah...itulah kasih insan bergelar ibunda..Lebih dicari dan diperlukan...
4.Perempuan jugak la yg akan melahirkan manusia2 yang berjaya...Setinggi mana pun darjat seseorang tu, lahirnya dari perut seorang perempuan....
5. Perempuan diberi kelebihan gugur dosa-dosanya apabila melahirkan anak...
6. Kaum lelaki banyak cara nak peroleh pahala...azan, jemaah di masjid...perempuan? bilamana mereka mentaati suami, mudahlah jalan mereka...
7. Erm...inilah nikmat ALLAH al-Khaliq kepadaku...

Aku ingin menjadi seperti Khadijah
Setia bersama Rasulullah walaupun mehnah menimpa-nimpa
Aku ingin menjadi seperti Fatimah
Hebat dakwahnya seperti ayahanda
Aku ingin menjadi seperti Aisyah
Begitu teliti menghayati sunnah Baginda
Aku ingin menjadi seperti Asiah
Walaupun harta dan darjat di depan mata
Tetap teguh mengimani yang MAHA ESA
Aku ingin menjadi seperti Ibu yang melahirkan zuriat yang sedikit tidak ragu2 untuk dicampakkan ke dalam api yang marak menyala
Aku ingin mencontohi Maryam binti 'Imran, Rabiatul Adawiyah
Begitu menghambakan diri menghadapi Yang MAHA KUASA
Aku ingin seperti Ainul Mardhiah
Menjadi bidadari seorang lelaki bergelar suami
Fisabilillah....
Aku juga ingin seperti Zainab Al-Ghazali
Walaupun seksa dunia menggerunkan mata yang melihat,
Seksaan akhirat lebih menggetarkan jiwa...

Wallahualam...

past kan award ni kepada girlfriend anda

Innalahama'ana

Ayuhal ikhwah wa akhowat... BOYCOTTING ALL THE WAYS IN HELPING THOSE LAKNATULLAH!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Ana selalu ziarah blog sahabat2...erm..terasa rendah diri... Alhamdulillah ana diberi kelebihan dalam menggunakan adobe photoshop...walaupun belum pro, tp setiap yang pro mestila melalui proses awal pembelajaran untuk jd pro... dah jadi pro pun masih lagi belajar untuk jadi lebih pro...hehe... Ikhwah yg ajar adobe photoshop pun (hari tu ada kelas belajar photoshop anjuran pembinaSAK) pun ambil masa untuk 7 tahun untuk dia menjadi seperti hari ni...anyway practice make perfect..hehe...walaupun begitu, bab penulisan ni, keras juga la otak...payah nak create idea gak...blog sahabat2 sgt la berinfomatif...teringin menjadi seperti mereka..pendakwah pena....

Cakap pasal boikot...dah lama dah isu ni...hatta cuma ana je tak nak ambil tahu... tapi scr seriusnya bler filem FITNA yg memang fitnah pd Islam jadi isu. Huh..time tu bermujahadah sungguh tahan diri beli susu DUTCH LADY....huh...tapi tak beli tak de la mati...brgn Philip pun...Alhamdulillah emak dan family ana boleh terima dan sangat mengambil langkah boikot ni dgn sgt serius...lg tegas drp ana...

Mula-mula nak bg tau, takut kecik hati mak...MILO,NESPRAY..huhu...KOKOCRUNCH.. fuh...stok rumah ana tu..takut ana ni terlalu prevent...ini tak boleh, itu tak boleh... Alhamdulillah, mereka lebih teliti daripada ana.. satu cabaran...kalau gi shopping...memang mereka teliti habis...dari segi kandungan makanan-yela kan skrg byk yg ada lemak babi...

Apa yang ana nak kongsi adalah perihal adik... Ummi Kalthum..adik yg bongsu...darjah 5..11 tahun... Tahu la...budak-budak...HONEY STAR, KOKO KRUNCH, CORNFLAKES, KEK APOLLO....lebih ruji drp nasi... tapi nestle kan kne boikot...sb menyumbang ke arah dana ZIONIS!!!! umpama menyumbang sebutir peluru... McDONALD...kami memang jarang makan kat situ...tp KFC? tapi sekarang ni, tak makan kat situ lg dh...

owh..perihal adik ana...nak ikut kan budak kecik mcm die mesti la nak apa yang die nak... Ana baru dapat tahu, betapa mujahadah nya dia bantu saudara2 kita kat Palestin dengan boikot... Abah cakap, kalau dulu pantang di offer koko krunch, tp skrg pandang pun tak nak... Alhamdulillah... Kalau gi shopping, sibuk betul die tgk brgn tu keluaran mana... kalau tersalah ambil, alahai...mula la siren berbunyi...

Pernah sekali ana terambil brgn JOHNSON&JOHNSON,membebel dia.." Ei..akak yg ckp kne boikot...die plak yg amek..."

Nak ceritanya...die lebih muda usia drp ana 8 tahun beza...
tp mujahadahnya lebih tinggi..tercabar jiwa ana dgn ketegasan dia... hatta umpama Saidina Umar yg terkejut dgn tindakan Abu Bakar yg diketahui lembut hatinya tetapi membuat keputusan dgn tegas memerangi golongan murtad dan yang enggan bayar zakat...

Byk lg kekurangan ana berbanding adik ana yang takde fikrah lg...yg tak tau dgn jelas agenda2 zionis pun...sanggup dan tak kisah pun dia tak dpt brgn2 yg diboikot yg dulu dia suka...tp ana? kena byk muhasabah diri lg ni... sdgkan budak sekecil die mampu apatah lg kita yg dewasa ni?????

Dia la siren dalam rumah kami.. Kuat betul ingatannya...kalau lupa, nanti siren berbunyi...hehehe... ALHAMDULILLAH...

Tak perlulah senaraikan brgn yg diboikot..terlalu byk..tp kata-kata Dr Tamimi ms Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis bahawa kita boikot brgn yg kita tahu menyumbang ke arah penindasan Islam tp kalau tak boleh terima sgt, boikot la dr segi kesihatan... contoh COCA COLA...boleh wat cuci tandas...kawan ana yg belajar kat Aussi yg gtau ni...tp katanya lg, kte gunakanlah teknologi yg boleh membantu kita kembangkn dakwah Islam, contoh komputer...microsoft...kalau kita tak nak guna, mundur la kita...in the same time cari alternatif...

Kalau kita tak boikot...apa lagi yang kita mampu? berjihad perang? kita tak dilengkapi dgn skil-skil itu...hatta, dgn harta adalah yg paling kita mampu selain doa kpd Allah...
Janji Allah itu pasti... [as-saff:8]

Ada lebih kurang 80 ayat jihad...hampir semuanya Allah berfirman "berjihadlah dgn harta dan jiwamu"... berjihadlah dgn harta... maknanya... inilah jihad kita...mujahadah kita dalam menahan diri membeli brgn yg menyumbang dana kpd musuh2 Islam...Siapa kata boikot tidak membuahkan hasil? siapa kata orang Islam rugi kalau boikot produk mereka...SIAPA KATA??? Rezeki Allah di mana-mana...hatta, inilah masanya untuk kita bantu saudara2 kita dgn mengkomersialkan produk buatan org Islam...itulah alternatif kita...kalo kempunan nk mkn McD, Radix FC kn ada...tak de, goreng la ayam gne perencah kentucky adabi...rasa lebih kurang je...insyaALLAH...jika kita menahan diri skrg, yakinlah di syurga ALLAH nanti kita akan dapat merasa yg lebih hebat drp kenikmatan sementara duniawi ini...

Satu rahsia ekonomi yg ingin ana kongsi yg ana dpt melalu seorang insyaALLAH perintis pakar ekonomi Islam...

Apabila kita boikot sesuatu produk..of course la tak de pelanggan...sedangkan mereka ada target pengeluaran produk setiap hari yg akan dibeli....Kalau takde pelanggan, melambaklah produk tu...rotten la nanti produk tu...dan setiap hari mereka akan proses bahan mentah menjadi produk mengikut target...bila terjadi lambakan produk, terjadi la pembaziran dan kerugian kerana hanya ada flow out sdgkn tak de flow in duit...maka, terjadilah pelbagai promosi dgn harga durian runtuh dan sewaktu dgnnya yang cukup menggoda pelanggan2...maknanya, lebih hebat promosi sesuatu produk dgn harga yg membeliakkan mata, lebih hebat la kerugian mereka sebenarnya...

and who said BOYCOTTING could not HELP MUCH????? Below is the fatwa regarding BOYCOTTING....

Ulama's Fatwa on Boycotting Israeli an American products

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear brother in Islam, thank you for the great confidence you have in us. We hope our efforts meet your expectations.

Indeed, it has been proven beyond doubt that boycotting American and Israeli products is an effective weapon against those who usurped the land of the wronged and forcibly drove them out of the land of their ancestors for no reason.

Here below, we will try our best to furnish you with a comprehensive answer regarding boycotting the Israeli and American products.

Sheikh Al-Qaradawi’s Fatwa regarding the issue:

“When it comes to dealing with the People of the Book (i.e. the Jews and Christians), we should differentiate between two main points:

Muslims are not allowed to indulge in any form of dealings with the militant Jews who tend to wage war against Islam and Muslims with every tooth and nail. What do we expect from those who occupied our lands, violated the sanctity of the Sanctuaries, and continue their brutal profaning against all that which is Islamic in broad daylight?!

Referring to this, Allah Almighty says: “Allah forbiddeth you only those who warred against you on account of religion and have driven you out from your homes and helped to drive you out, that ye make friends of them. Whosoever maketh friends of them (All) such are wrong doers.” (Al-Mumtahanah: 9)

The Prophet, peace and blessings be upon him, is reported to have said: “Fight the Kuffar with your hands, with your money and with your tongues as well (i.e. denouncing their aggressions against Muslims)

The choice of peace is no longer practicable for us Muslims, regarding this issue, especially with many obstacles hindering its course. Hence, we have no any effective weapon but to boycott the US and Israeli products. That is why it is obligatory upon Muslims to boycott the Jews economically, culturally and politically.

In addition, boycott should be extended to encompass those warring factions from among the People of the Book such as the Serbs, Americans who attack Muslims, Hindus as well as those who relentlessly wage war against Islam or even support those who wage war against Muslims.

Coming to the second greater segment of the People of the Book (i.e. Christians) and others as we have stated above, we can say that if they are at swords drawn with Muslims, then all their products have to be boycotted.

However, if they are at peace with Muslims, then there is nothing wrong with exchanging imports and exports with them but under the condition that such form of trade be limited to that which is lawful only. Allah Almighty says: “Allah forbiddeth you not those who warred not against you on account of religion and drove you not out from your homes, that ye should show them kindness and deal justly with them. Lo ! Allah loveth the just dealers.” (Al-Mumtahanah: 8)

The Prophet, peace and blessings be upon him, is reported to have dealt in trade with the Kuffar who signed peaceful treaties with him.”

Focusing more on enhancing the economy of Muslim Ummah, the late Azharite scholar and the head of the Sunni Egyptian Institutions in Egypt, Dr. Fu`ad Mukhaymar, may Allah shower mercy on his soul, states the following:

“No doubt that the brilliant and innovative minds of Muslims will never stop pulsating and inventing that which is new and beneficial.

The weakness that has crept deep in the body of Muslim Ummah does not justify our backwardness. Rather, every committed Muslim ought to spare no pains performing any job he is entrusted with perfectly in order to help push forward the economic progress.

Muslims should pay attention to the carefully-studied plans implemented nowadays by industrial countries who shower Muslim countries with the necessary tools for manufacturing cars, for examples, as well as other equipment in various branches.

With this crafty scheme, they amass the money of Muslims, which is smoothly transferred into their countries and make their economy thrive at the expense of the economy in Muslim countries. The issue finally culminates in major economical, social and military dilemmas that become difficult to solve.

That is why I call upon every Muslim and Muslimah to pay attention to such a vicious scheme. They should encourage national industries and be eager to consume nationally manufactured products. With this, all our economic problems will come to a halt, Islamic economy will thrive once again, and living standards will increase in Muslim countries.

We can not ignore the fact that our current war is not only restricted to military actions but it includes economical aspects as well. Economy is the life-blood of modern life. Without strong and powerful economy, diseases will be rampant and poverty will spread more and more. It is incumbent upon us all to be aware of those schemes and co-operate with one another for the betterment of our future.

Also, it the duty of Muslim governments to create job opportunities for people who used to work in the factories supervised by non-Muslims in Muslim’s homelands. We cannot ignore that those casual labors will be less paid, if this later alternative is taken into consideration, but the issue will be easy for them to accept if they consider it a form of Jihad that is exerted for the sake of their religion and homelands."

Dr. As-Sayed Nuh, the prominent Azharite scholar, and professor of Hadith in Kuwait University, concludes:

“We should differentiate between what we call Daruriyyat or necessary needs, and Tahsiniyyat or luxuries.

If the products that Muslims tend to buy are from the second category (i.e. they are Tahsiniyyat), then it is better to forgo them irrespective of whether those products are American, European or even national products.

However, if some Muslims find themselves weak and have strong desires to buy goods belonging to Tahsiniyyat category, then they should not buy from those who support the Jews and Zionists who occupy Palestine and kill the innocents, demolish houses, plunder money, violate the honor of people and profane the sanctity of sacred places in an attempt to bring the progress of the Muslim Ummah to a virtual standstill. It is well known that America plays the greater role in supporting those Jews and Zionists.

Here, I can conclude that it is prohibited to buy the products manufactured by the Jews and Zionists as well as those who directly back them.

The Prophet, peace and blessings be upon him, is reported to have said: “He who helps the enemy to kill his (fellow) Muslim brother with half a word (i.e. with the least form of support), will be brought before Allah on the Day of Resurrection with this phrase written between his eyes: “(He) has no space in Allah’s (encompassing) Mercy.”

Finally, we should not underestimate the impact of economic boycott on the enemy. Some of us may think that the little goods boycotted may not affect the enemy’s strong economy.

Our basic principle is not to lend any form of support to those who help kill Muslims. It’s worthy mentioning here that Egypt, for example, has played a greater role in boycotting the products of the enemy to the extent that the institutions boycotted were forced to shut its branches in Egypt and left the country without return.”

If you have any further comments, please don’t hesitate to write back!

May Allah guide you to the straight path, and guide you to that which pleases Him, Amen.

Wallahualam...

Friday, 15 May 2009

Cinta yang hadir...

Tiba-tiba je rasa rindu... Ya Allah, Alhamdulillah atas rasa cinta dan kasih yang KAU kurniakan...
Perasaan yang entahla...sukar nak digambarkan..mungkin macam nilah jiwa-jiwa muda yang kononnya berkasih-kasihan...sedangkan di antara mereka ada yang cuba mendorong mereka ke JALAN NERAKA!!!!!!!

Ehm...Ke mana-mana berjalan teringatkan dia. Pasti ada sesuatu yang mesti dibelikan untuk si dia. Cinta yang telah lama berputik...sejak awal lagi...Hakikatnya zaman persekolahan adalah suatu yang indah. Memori yang pasti tak dilupa. Teringat macam mana hubungan yang berantakan. Marah, geram, kecewa, sedih...semuanya terungkap.

Terlalu lama perang dingin berlaku. Tak bertegur sapa. Telefon? tak perlulah... Hadiah? sekali je rasanya pernah bagi masa hari jadi dia. Nak tanya khabar? Buat apa kalau menyakitkan jiwa. Kadang-kadang nak tengok muka pun tak larat...rasa nak naik penampar je...

Banyak kali kitaorang gaduh...perang mulut,perang tangan, apa lagi perang? perang dunia ketiga je takde.

Tapi tu dulu. Cerita zaman sekolah. masing-masing masih muda. Darah cepat meruap. Tapi bila dah masuk universiti ni, lain plak perasaanya. Rasa benci, menyampah, geram...bertukar jadi rindu sayang... (uhuk...uhuk... meremang bulu roma masa menaip ni...)

Sekarang ni...semakin rindu...tapi takde la macam orang2 lain... telefon couple sampai berhabis duit...sekali tu je...tanya khabar...setelah sekian lama tak menelefon...bape minit je pun...Siang malam asyik teringatkan dia. Tapi makan tetap kenyang, mandi tetap basah, tidur terlebuh lena...
Hari ni...dia telefon... Macam tak percaya...terubat juga rasa rindu kat dia...

Tinggi jugak harapan kat dia...yela...dia kan lelaki...mestilah kene berjaya. Nanti nak jadi ketua keluarga. Kena bertanggungjawab pada keluarga dan ibu bapa. Kena jadi contoh pada keluarga. Pada adik dia. Dia ada seorang adik je. Mak dah tak kerja. Ayah dah bersara. Panas baran dia pun dah kurang...cumanya ego.. Lelaki, biasalah... Kena cakap elok-elok,baik-baik...manja-manja...

Tahun ni penentu segala-galanya. Tunggu dia je ni... Petang tadi dia telefon. Katanya nak jumpa abah. Dia tanya, abah lapang tak antara pukul 1 hingga 5pm esok ni?
Tapi abah macam tak lapang je. Ada jemputan katanya... Takpela...kecewa jugak bila abah kata tak jadi jumpa. Nak jumpa dia...Lama dah tak jumpa....

Dia cuma berharap, abah dapat datang...datang ke "motivasi" kat sekolah dia. Yela dia kan PMR tahun ni... hehehe...

Cinta yang utama
Cintaku pada Yang Maha Esa
Cintaku pada kekasihMU
Tiada bandingannya
Jika kumenghayati cintaMu Ya Allah,
Wahai Rasul Allah,
Sudah pasti aku akan mencintai ibu dan ayah
Sudah pasti aku mengasihi saudara-saudarku di mana jua
Suda pasti akan kubertemu cinta dengan hambaMU Ya ALLAH....

Barakallahu fik!!!!

Thursday, 16 April 2009

Mari belajar masak!!!!

Thursday, 9 April 2009

Ya ALLAH, aku diuji!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

10 April 2009, 14 Rabiul Akhir 1430 H...1.38 am

Input daripada ceramah Seminar Keluarga Cemerlang anjuran CITU UiTM Shah Alam :

"Kita berdoa kepada Allah untuk peroleh kebahagiaan... Tatkala itu, pelbagai ujian dah mehnah menimpa. Sabarlah tika waktu kita diuji kerana ALLAH mendengar setiap luahan hambanya.

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasa la bersangka baik pada Yang Maha Mencipta dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya"...

Diri ini kian alpa ditelan dunia... Sering kali dalam doaku, aku memohon diri ini ditetapkan iman, mendapat kebahagiaan dunia akhirat... dan sering kali juga diri ini diuji. Hanya tidak sedar, tidak sabar dan tiada muhasabah dalam menghadapi mehnah ujian ILAHI...

Terasa berat beban yang digalas tatkala assignment dan final exam muncul di jendela hidupku. Harusnya, bukan bebanan yang dirasa, sebaliknya kemanisan menggalas tanggungjawab yang tidak semua berada di jalan ini, yang mungkin ada yang futur di pertengahan... Teringat dengan satu kata-kata yang disampaikan kak Khairun,

"ان الفترات بعد المجا هدة من فساد الأبتداء"
"Sesungguhnya lemah semangat setelah mujahadah disebabkan permulaan yang fasad"

Fasadkah permulaanku?
Ikhlaskah niatku untuk berada di jalan ini?

Tatkala, mehnah dan ujian mula menjenguk, tangisan air mata menjadi peneman hidupku.

Dalam duka, hilang arah...
Dalam derita tercari-cari punca...

Hadirnya insan sejati mengubat hati,
Bukan terhadap dirinya,
tetapi membawa ke arah ILAHI!!!!

Jauhnya hati daripada cahaya kurniaan Ilahi,
Gelapnya jiwa tiada bertahajud di malam hari,
Kerasnya naluri tanpa istiqamah dan muhasabah diri,
Betapa jahilnya diri,
Semakin menjauhkan diri...

Sesungguhnya Allah Maha Mengasihi,
diberi hidayah kepada hamba-hambaNya yang tiada peringatan diri,

"Setapak ke arah Ilahi, Seribu kali Allah mendekati..."

"Nangislah, jangan simpan di hati...nangislah hingga hilang resah di hati...nangislah...nangislah kepada ILAHI!!!!! DIA lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..."

"أحسب النّاس أن يقولو ا ءامنّا وهم لآ يفتنون"

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan : "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi?

QS 29[al-ankabut] : 2

Setiap manusia pasti diuji, dengan pelbagai ujian menanti yang tak diketahui...

Berapa banyak soalan?
Berapa banyak markah?
Susah atau senang?

Sebaliknya kesabaran dan ketaqwaan yang akan diuji...

Tiada beza antara umat terdahulu dengan kini melainkan ketaqwaan kepada Ilahi...
Ujian yang sama silih berganti, hanya pelakonnya berlainan identiti...

"Ya Allah, istiqamahkanlah hatiku di atas jalan yang KAU redhai..."

"اللهم يا مقلب القلوب ثبّت قولوبنا على دينيك وطاعتيك"

Hadirkanlah ALLah dalam setiap langkah..
Niatlah kerana Allah dalam segala perbuatan...
Carilah rahmah dan berkah dalam setiap perlakuan....
Rasakanlah pengawasan ALLAH di setiap kali nadi berdenyut....
Bertwakallah setelah berusaha,
hanya ALLAH tempat kita bergantung......

Promo Beliawanis Pembina

Promo Beliawanis Pembina
Jom PEMBINA!!!!!!!!

Monday, 9 November 2009

Marhalah Hidupku...

Posted by Nahl at 21:56 0 comments

Posted by Nahl at 08:12 1 comments

Posted by Nahl at 21:41 0 comments

Barakallahu Lakuma wa barik 'alaikum wa jama'a bainakuma fil khair....

Tanggal 5 Jun 2009 jam 10.30pm ( lebih kurang la..) bersatulah dua hati dengan ikatan pernikahan yang sah...

Barakallahufik Abg Man wa kak Syam!!!

Muktamar sepupu sepapat...

Pejuang fid deen!!!! Siap sedia!!!!!!!!!!

Special photographer...penasihat electronic devices ku...

Abg Man & Kak Syam...dua2 student UIA...Diam2 Bang Man rupanya.....

Hehe...tak tau nak letak caption pe...dgn ADNAN!!! PEtanI ModeN- kecik2 lgi dah pandai bertani -labu yang dia tanam besar wo....

Friday, 5 June 2009

الاْخوان المسلمون

Posted by Nahl at 01:43 1 comments

SEJARAH IM & PENGASASNYA

Ikhwanul Muslimin (IM) adalah satu gerakan Islam yang mengajak dan menuntut agar tertegaknya syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW, dan diserukan oleh para salafus-soleh, bekerja denganNYA dan untukNYA, keyakinan yang bersih yang berakar teguh dalam hati, pemahaman yang benar yang akal dan fikrah, syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh), perilaku dan politik. Kini, gerakan IM tersebar ke seluruh dunia.

Pengasas IM adalah Imam Hassan Al-Banna (HAB) yang dibunuh kerana membawa Islam. Meskipun beliau hanyalah seorang tukang jam, seorang guru dan seorang mujahid. HAB dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di Mahmudiyah, Mesir. Beliau merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik kepada pasangan Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna, seorang tukang jam dan Puan Fudhla seorang wanita yang pintar, peka, mahir dalam pengurusan rumah tangga serta tegas dan mempunyai kekuatan kehendak yang diwarisi HAB.

Bapa HAB merupakan ulama sunni berguru dengan Muhammad Abduh juga penyusun hadis imam 4 serta penulis buku hadis. Beliau mempunyai benyak koleksi kitab-kitab dan buku-buku dan sering bermusyawarah dengan ulama' dan cendekiawan.

ADik beradik HAB adalah
1. Abd Rahman - pengasas Persatuan Tamadun Islam dan kemudiannya bergabung dengan IM
2. Fatimah
3. Muhammad
4. Abdul Basit - merupakan polis di Kaherah tetapi kemudian berhenti berpindah ke Saudi (ana tak ingat pulak bila dan mengapa beliau berhenti)
5. ZAinab - meniggal dunia ketika kecil
6. A. Jamaluddin - dikenali sebagai Jamal Banna dan merupakan seorang penulis dan pengarang
7. Fauziah - isteri kepada Abd Karim Mansur, seorg peguam yang menemani HAB dan ditembak di hadapan Pejabat Syabab Al-Muslimun bersama Imam HAB.

Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. (Mitchell 1969, 2; Lia 25-26). Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.

Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British. (Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27)

Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30)

Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka "matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan". Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bhs Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez. (Mitchell 1969, 6)

Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.

Sebagai anak sulung dalam keluarganya, HAB sangat ambil berat pendidikan adik-beradiknya. Beliau merupakan penasihat peribadi ayah dan adik-beradiknya. Beliau juga berperanan dalam perkembangan pendidikan abang-abangnya. Kerana peribadinya, beliau menekan disiplin dalam keluarganya serta beliau juga mengatur perbelanjaan dalam keluarganya. Ketika bekerja sebagai guru, beliau sanggup memotong sebahagian gajinya dan peruntukkan untuk keluarganya. Hal ini menjadikan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat.

Kepintaran HAB dan pendidikannya tidak dibatasi masa, sebaliknya beliau mengurus masa beliau dengan sistematik. Ketika siangnya, beliau akan belajar di sekolah, setelah tamat sesi pembelajran, beliau akan belajar membaiki jam dengan ayahnya sehingga isya'. selepas Isya' adalah waktunya untuk mengulangkaji pelajaran dan waktu SUbuh adalah waktunya menghafal Quran.

Jamaah Ikhwanul Muslimin berdiri di kota Ismailiyyah, Mesir pada tahun 1928 iaitu 4 tahun selepas kejatuhan sistem khalifah Islam terakhir iaitu Khalifah Turki Uthmaniyyah oleh HAB, bersama keenam tokoh lainnya, yaitu Hafiz Abdul Hamid, Ahmad al-Khusairi, Fuad Ibrahim, Abdurrahman Hasbullah, Ismail Izz dan Zaki al-Maghribi. Ikhwanul Muslimin pada saat itu dipimpin oleh Hassan al-Banna. Pada tahun 1930, Anggaran Dasar Ikhwanul Muslimin dibuat dan disahkan pada Rapat Umum Ikhwanul Muslimin pada 24 Sep 1930. Pada tahun 1932, struktur administrasi Ikhwanul Muslimin disusun dan pada tahun itu pula, Ikhwanul Muslimin membuka cabang di Suez, Abu Soweir dan al-Mahmoudiya. Pada tahun 1933, Ikhwanul Muslimin menerbitkan majalah mingguan yang dipimpin oleh Muhibuddin Khatib.

Pemikiran IM adalah berlandaskan syariat Islam serta amal berterusan iaitu : -

1. Baiki diri - 10 muwasafat
- aqidah sejahtera
- ibadah sahih
- akhlak mantap
- mampu bekerja
- berpengetahuan luas
- tubuh yang cergas
- sangat menjaga waktunya
- mujahadah li nafs
- teratur urusannya
- bermanfaat kepada orang lain

2. Baitul Muslim - didik keluarga dgn cara Islam & hormat fikrah Islam
- Dahulukan hak & Tanggungjawab

3. Bimbing Masyarakat -kembang aspek dan budaya Islam dlm msykt
- Amar Makruf Nahi Munkar

4. Kerajaan Islam

5. Bebas tanah air daripada kuasa asing

6. Satukan negara-negara Islam

7.Panji Islam kembali berkibar - satu suara, perpaduan ummah

MOTTO IM
-Allahu Ghayatuna
-Ar-Rasul Qudwatuna
-Al-Quran dusturuna
-Al-jihadu sabiluna
-Al-mautu fisabilillah asma' amanina

Ruang lingkup dakwah IM
-Dakwah Salafiah
-Tariqah Sunniah
-Hakikah Sufiyah
-Hai'ah Siyasiah
-Jamaah Riyadiah
-Rabitah Ilmiah Thaqafiyah
-Syirkah Iqtisodiyah
-Fikrah ijtimaiah

yang melingkipu seluruh aspek....

PIMPINAN IM

1.Hassan Al Banna (1928-1949)

2. Hassan Al-Hudaibi (1949-1972)

3.Umar Tilmisani (1972-1986)

4.Muhammad Hamid Abu Nasr (1986-1996)

5.Mustafa Masyhur (1996-2002)

6. Ma'mun Al-Hudaibi (2002-2004)

7. Muhammad Mahdi Akif (2004 - current)

Thursday, 4 June 2009

Alhamdulillah...tenkiu kak Ila...

Posted by Nahl at 22:42 1 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
~ syarat-syarat sah jual beli award ini :

:: pastikan jantina anda perempuan

Dilahirkan sebagai seorang muslimah dgn berat lebih kurang 2.90 kg...hehehe...dulu masa kecik2 kwn panggil tomboy...Alhamdulillah masih kekal dgn naluri kewanitaan...

:: copy badge sebagai award anda

tapi tak best la award ni..sebab tak pakai tudung..nak tukar dgn yg lebih comey...

:: Nyatakan 7 sebab anda bangga menjadi seorang perempuan

1. Alhamdulillah sebab dijadikan seorang wanita. Wanita dijadikan dengan 9emosi 1 akal...
Sebab tu la sensitiviti wanita lebih tinggi...Contoh macam cerita SPM tu..The Pearl... mak lebih sensitif dan tenang utk mencari doktor berbanding si ayah yang teramat la panik sebenarnya.
2. Wanita kan dijadikan untuk lelaki...di sebalik gagahnya seorang lelaki, ada isteri menjadi sulbi...This one no further comment..hehe...
3.Ana perasan la...adik beradik ana, ape-apehal call mak ana...dari sekecil-kecil hal sampai la sebesar-besar hal...mana ada contact ayah ana..kalo ayah yang angkat phone, tetap nak cakap dgn mak, tak nak ckp dgn abah...itulah kasih insan bergelar ibunda..Lebih dicari dan diperlukan...
4.Perempuan jugak la yg akan melahirkan manusia2 yang berjaya...Setinggi mana pun darjat seseorang tu, lahirnya dari perut seorang perempuan....
5. Perempuan diberi kelebihan gugur dosa-dosanya apabila melahirkan anak...
6. Kaum lelaki banyak cara nak peroleh pahala...azan, jemaah di masjid...perempuan? bilamana mereka mentaati suami, mudahlah jalan mereka...
7. Erm...inilah nikmat ALLAH al-Khaliq kepadaku...

Aku ingin menjadi seperti Khadijah
Setia bersama Rasulullah walaupun mehnah menimpa-nimpa
Aku ingin menjadi seperti Fatimah
Hebat dakwahnya seperti ayahanda
Aku ingin menjadi seperti Aisyah
Begitu teliti menghayati sunnah Baginda
Aku ingin menjadi seperti Asiah
Walaupun harta dan darjat di depan mata
Tetap teguh mengimani yang MAHA ESA
Aku ingin menjadi seperti Ibu yang melahirkan zuriat yang sedikit tidak ragu2 untuk dicampakkan ke dalam api yang marak menyala
Aku ingin mencontohi Maryam binti 'Imran, Rabiatul Adawiyah
Begitu menghambakan diri menghadapi Yang MAHA KUASA
Aku ingin seperti Ainul Mardhiah
Menjadi bidadari seorang lelaki bergelar suami
Fisabilillah....
Aku juga ingin seperti Zainab Al-Ghazali
Walaupun seksa dunia menggerunkan mata yang melihat,
Seksaan akhirat lebih menggetarkan jiwa...

Wallahualam...

past kan award ni kepada girlfriend anda

Innalahama'ana

Ayuhal ikhwah wa akhowat... BOYCOTTING ALL THE WAYS IN HELPING THOSE LAKNATULLAH!!!!

Posted by Nahl at 07:43 0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم

Ana selalu ziarah blog sahabat2...erm..terasa rendah diri... Alhamdulillah ana diberi kelebihan dalam menggunakan adobe photoshop...walaupun belum pro, tp setiap yang pro mestila melalui proses awal pembelajaran untuk jd pro... dah jadi pro pun masih lagi belajar untuk jadi lebih pro...hehe... Ikhwah yg ajar adobe photoshop pun (hari tu ada kelas belajar photoshop anjuran pembinaSAK) pun ambil masa untuk 7 tahun untuk dia menjadi seperti hari ni...anyway practice make perfect..hehe...walaupun begitu, bab penulisan ni, keras juga la otak...payah nak create idea gak...blog sahabat2 sgt la berinfomatif...teringin menjadi seperti mereka..pendakwah pena....

Cakap pasal boikot...dah lama dah isu ni...hatta cuma ana je tak nak ambil tahu... tapi scr seriusnya bler filem FITNA yg memang fitnah pd Islam jadi isu. Huh..time tu bermujahadah sungguh tahan diri beli susu DUTCH LADY....huh...tapi tak beli tak de la mati...brgn Philip pun...Alhamdulillah emak dan family ana boleh terima dan sangat mengambil langkah boikot ni dgn sgt serius...lg tegas drp ana...

Mula-mula nak bg tau, takut kecik hati mak...MILO,NESPRAY..huhu...KOKOCRUNCH.. fuh...stok rumah ana tu..takut ana ni terlalu prevent...ini tak boleh, itu tak boleh... Alhamdulillah, mereka lebih teliti daripada ana.. satu cabaran...kalau gi shopping...memang mereka teliti habis...dari segi kandungan makanan-yela kan skrg byk yg ada lemak babi...

Apa yang ana nak kongsi adalah perihal adik... Ummi Kalthum..adik yg bongsu...darjah 5..11 tahun... Tahu la...budak-budak...HONEY STAR, KOKO KRUNCH, CORNFLAKES, KEK APOLLO....lebih ruji drp nasi... tapi nestle kan kne boikot...sb menyumbang ke arah dana ZIONIS!!!! umpama menyumbang sebutir peluru... McDONALD...kami memang jarang makan kat situ...tp KFC? tapi sekarang ni, tak makan kat situ lg dh...

owh..perihal adik ana...nak ikut kan budak kecik mcm die mesti la nak apa yang die nak... Ana baru dapat tahu, betapa mujahadah nya dia bantu saudara2 kita kat Palestin dengan boikot... Abah cakap, kalau dulu pantang di offer koko krunch, tp skrg pandang pun tak nak... Alhamdulillah... Kalau gi shopping, sibuk betul die tgk brgn tu keluaran mana... kalau tersalah ambil, alahai...mula la siren berbunyi...

Pernah sekali ana terambil brgn JOHNSON&JOHNSON,membebel dia.." Ei..akak yg ckp kne boikot...die plak yg amek..."

Nak ceritanya...die lebih muda usia drp ana 8 tahun beza...
tp mujahadahnya lebih tinggi..tercabar jiwa ana dgn ketegasan dia... hatta umpama Saidina Umar yg terkejut dgn tindakan Abu Bakar yg diketahui lembut hatinya tetapi membuat keputusan dgn tegas memerangi golongan murtad dan yang enggan bayar zakat...

Byk lg kekurangan ana berbanding adik ana yang takde fikrah lg...yg tak tau dgn jelas agenda2 zionis pun...sanggup dan tak kisah pun dia tak dpt brgn2 yg diboikot yg dulu dia suka...tp ana? kena byk muhasabah diri lg ni... sdgkan budak sekecil die mampu apatah lg kita yg dewasa ni?????

Dia la siren dalam rumah kami.. Kuat betul ingatannya...kalau lupa, nanti siren berbunyi...hehehe... ALHAMDULILLAH...

Tak perlulah senaraikan brgn yg diboikot..terlalu byk..tp kata-kata Dr Tamimi ms Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis bahawa kita boikot brgn yg kita tahu menyumbang ke arah penindasan Islam tp kalau tak boleh terima sgt, boikot la dr segi kesihatan... contoh COCA COLA...boleh wat cuci tandas...kawan ana yg belajar kat Aussi yg gtau ni...tp katanya lg, kte gunakanlah teknologi yg boleh membantu kita kembangkn dakwah Islam, contoh komputer...microsoft...kalau kita tak nak guna, mundur la kita...in the same time cari alternatif...

Kalau kita tak boikot...apa lagi yang kita mampu? berjihad perang? kita tak dilengkapi dgn skil-skil itu...hatta, dgn harta adalah yg paling kita mampu selain doa kpd Allah...
Janji Allah itu pasti... [as-saff:8]

Ada lebih kurang 80 ayat jihad...hampir semuanya Allah berfirman "berjihadlah dgn harta dan jiwamu"... berjihadlah dgn harta... maknanya... inilah jihad kita...mujahadah kita dalam menahan diri membeli brgn yg menyumbang dana kpd musuh2 Islam...Siapa kata boikot tidak membuahkan hasil? siapa kata orang Islam rugi kalau boikot produk mereka...SIAPA KATA??? Rezeki Allah di mana-mana...hatta, inilah masanya untuk kita bantu saudara2 kita dgn mengkomersialkan produk buatan org Islam...itulah alternatif kita...kalo kempunan nk mkn McD, Radix FC kn ada...tak de, goreng la ayam gne perencah kentucky adabi...rasa lebih kurang je...insyaALLAH...jika kita menahan diri skrg, yakinlah di syurga ALLAH nanti kita akan dapat merasa yg lebih hebat drp kenikmatan sementara duniawi ini...

Satu rahsia ekonomi yg ingin ana kongsi yg ana dpt melalu seorang insyaALLAH perintis pakar ekonomi Islam...

Apabila kita boikot sesuatu produk..of course la tak de pelanggan...sedangkan mereka ada target pengeluaran produk setiap hari yg akan dibeli....Kalau takde pelanggan, melambaklah produk tu...rotten la nanti produk tu...dan setiap hari mereka akan proses bahan mentah menjadi produk mengikut target...bila terjadi lambakan produk, terjadi la pembaziran dan kerugian kerana hanya ada flow out sdgkn tak de flow in duit...maka, terjadilah pelbagai promosi dgn harga durian runtuh dan sewaktu dgnnya yang cukup menggoda pelanggan2...maknanya, lebih hebat promosi sesuatu produk dgn harga yg membeliakkan mata, lebih hebat la kerugian mereka sebenarnya...

and who said BOYCOTTING could not HELP MUCH????? Below is the fatwa regarding BOYCOTTING....

Ulama's Fatwa on Boycotting Israeli an American products

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear brother in Islam, thank you for the great confidence you have in us. We hope our efforts meet your expectations.

Indeed, it has been proven beyond doubt that boycotting American and Israeli products is an effective weapon against those who usurped the land of the wronged and forcibly drove them out of the land of their ancestors for no reason.

Here below, we will try our best to furnish you with a comprehensive answer regarding boycotting the Israeli and American products.

Sheikh Al-Qaradawi’s Fatwa regarding the issue:

“When it comes to dealing with the People of the Book (i.e. the Jews and Christians), we should differentiate between two main points:

Muslims are not allowed to indulge in any form of dealings with the militant Jews who tend to wage war against Islam and Muslims with every tooth and nail. What do we expect from those who occupied our lands, violated the sanctity of the Sanctuaries, and continue their brutal profaning against all that which is Islamic in broad daylight?!

Referring to this, Allah Almighty says: “Allah forbiddeth you only those who warred against you on account of religion and have driven you out from your homes and helped to drive you out, that ye make friends of them. Whosoever maketh friends of them (All) such are wrong doers.” (Al-Mumtahanah: 9)

The Prophet, peace and blessings be upon him, is reported to have said: “Fight the Kuffar with your hands, with your money and with your tongues as well (i.e. denouncing their aggressions against Muslims)

The choice of peace is no longer practicable for us Muslims, regarding this issue, especially with many obstacles hindering its course. Hence, we have no any effective weapon but to boycott the US and Israeli products. That is why it is obligatory upon Muslims to boycott the Jews economically, culturally and politically.

In addition, boycott should be extended to encompass those warring factions from among the People of the Book such as the Serbs, Americans who attack Muslims, Hindus as well as those who relentlessly wage war against Islam or even support those who wage war against Muslims.

Coming to the second greater segment of the People of the Book (i.e. Christians) and others as we have stated above, we can say that if they are at swords drawn with Muslims, then all their products have to be boycotted.

However, if they are at peace with Muslims, then there is nothing wrong with exchanging imports and exports with them but under the condition that such form of trade be limited to that which is lawful only. Allah Almighty says: “Allah forbiddeth you not those who warred not against you on account of religion and drove you not out from your homes, that ye should show them kindness and deal justly with them. Lo ! Allah loveth the just dealers.” (Al-Mumtahanah: 8)

The Prophet, peace and blessings be upon him, is reported to have dealt in trade with the Kuffar who signed peaceful treaties with him.”

Focusing more on enhancing the economy of Muslim Ummah, the late Azharite scholar and the head of the Sunni Egyptian Institutions in Egypt, Dr. Fu`ad Mukhaymar, may Allah shower mercy on his soul, states the following:

“No doubt that the brilliant and innovative minds of Muslims will never stop pulsating and inventing that which is new and beneficial.

The weakness that has crept deep in the body of Muslim Ummah does not justify our backwardness. Rather, every committed Muslim ought to spare no pains performing any job he is entrusted with perfectly in order to help push forward the economic progress.

Muslims should pay attention to the carefully-studied plans implemented nowadays by industrial countries who shower Muslim countries with the necessary tools for manufacturing cars, for examples, as well as other equipment in various branches.

With this crafty scheme, they amass the money of Muslims, which is smoothly transferred into their countries and make their economy thrive at the expense of the economy in Muslim countries. The issue finally culminates in major economical, social and military dilemmas that become difficult to solve.

That is why I call upon every Muslim and Muslimah to pay attention to such a vicious scheme. They should encourage national industries and be eager to consume nationally manufactured products. With this, all our economic problems will come to a halt, Islamic economy will thrive once again, and living standards will increase in Muslim countries.

We can not ignore the fact that our current war is not only restricted to military actions but it includes economical aspects as well. Economy is the life-blood of modern life. Without strong and powerful economy, diseases will be rampant and poverty will spread more and more. It is incumbent upon us all to be aware of those schemes and co-operate with one another for the betterment of our future.

Also, it the duty of Muslim governments to create job opportunities for people who used to work in the factories supervised by non-Muslims in Muslim’s homelands. We cannot ignore that those casual labors will be less paid, if this later alternative is taken into consideration, but the issue will be easy for them to accept if they consider it a form of Jihad that is exerted for the sake of their religion and homelands."

Dr. As-Sayed Nuh, the prominent Azharite scholar, and professor of Hadith in Kuwait University, concludes:

“We should differentiate between what we call Daruriyyat or necessary needs, and Tahsiniyyat or luxuries.

If the products that Muslims tend to buy are from the second category (i.e. they are Tahsiniyyat), then it is better to forgo them irrespective of whether those products are American, European or even national products.

However, if some Muslims find themselves weak and have strong desires to buy goods belonging to Tahsiniyyat category, then they should not buy from those who support the Jews and Zionists who occupy Palestine and kill the innocents, demolish houses, plunder money, violate the honor of people and profane the sanctity of sacred places in an attempt to bring the progress of the Muslim Ummah to a virtual standstill. It is well known that America plays the greater role in supporting those Jews and Zionists.

Here, I can conclude that it is prohibited to buy the products manufactured by the Jews and Zionists as well as those who directly back them.

The Prophet, peace and blessings be upon him, is reported to have said: “He who helps the enemy to kill his (fellow) Muslim brother with half a word (i.e. with the least form of support), will be brought before Allah on the Day of Resurrection with this phrase written between his eyes: “(He) has no space in Allah’s (encompassing) Mercy.”

Finally, we should not underestimate the impact of economic boycott on the enemy. Some of us may think that the little goods boycotted may not affect the enemy’s strong economy.

Our basic principle is not to lend any form of support to those who help kill Muslims. It’s worthy mentioning here that Egypt, for example, has played a greater role in boycotting the products of the enemy to the extent that the institutions boycotted were forced to shut its branches in Egypt and left the country without return.”

If you have any further comments, please don’t hesitate to write back!

May Allah guide you to the straight path, and guide you to that which pleases Him, Amen.

Wallahualam...

Friday, 15 May 2009

Cinta yang hadir...

Posted by Nahl at 06:56 4 comments
Tiba-tiba je rasa rindu... Ya Allah, Alhamdulillah atas rasa cinta dan kasih yang KAU kurniakan...
Perasaan yang entahla...sukar nak digambarkan..mungkin macam nilah jiwa-jiwa muda yang kononnya berkasih-kasihan...sedangkan di antara mereka ada yang cuba mendorong mereka ke JALAN NERAKA!!!!!!!

Ehm...Ke mana-mana berjalan teringatkan dia. Pasti ada sesuatu yang mesti dibelikan untuk si dia. Cinta yang telah lama berputik...sejak awal lagi...Hakikatnya zaman persekolahan adalah suatu yang indah. Memori yang pasti tak dilupa. Teringat macam mana hubungan yang berantakan. Marah, geram, kecewa, sedih...semuanya terungkap.

Terlalu lama perang dingin berlaku. Tak bertegur sapa. Telefon? tak perlulah... Hadiah? sekali je rasanya pernah bagi masa hari jadi dia. Nak tanya khabar? Buat apa kalau menyakitkan jiwa. Kadang-kadang nak tengok muka pun tak larat...rasa nak naik penampar je...

Banyak kali kitaorang gaduh...perang mulut,perang tangan, apa lagi perang? perang dunia ketiga je takde.

Tapi tu dulu. Cerita zaman sekolah. masing-masing masih muda. Darah cepat meruap. Tapi bila dah masuk universiti ni, lain plak perasaanya. Rasa benci, menyampah, geram...bertukar jadi rindu sayang... (uhuk...uhuk... meremang bulu roma masa menaip ni...)

Sekarang ni...semakin rindu...tapi takde la macam orang2 lain... telefon couple sampai berhabis duit...sekali tu je...tanya khabar...setelah sekian lama tak menelefon...bape minit je pun...Siang malam asyik teringatkan dia. Tapi makan tetap kenyang, mandi tetap basah, tidur terlebuh lena...
Hari ni...dia telefon... Macam tak percaya...terubat juga rasa rindu kat dia...

Tinggi jugak harapan kat dia...yela...dia kan lelaki...mestilah kene berjaya. Nanti nak jadi ketua keluarga. Kena bertanggungjawab pada keluarga dan ibu bapa. Kena jadi contoh pada keluarga. Pada adik dia. Dia ada seorang adik je. Mak dah tak kerja. Ayah dah bersara. Panas baran dia pun dah kurang...cumanya ego.. Lelaki, biasalah... Kena cakap elok-elok,baik-baik...manja-manja...

Tahun ni penentu segala-galanya. Tunggu dia je ni... Petang tadi dia telefon. Katanya nak jumpa abah. Dia tanya, abah lapang tak antara pukul 1 hingga 5pm esok ni?
Tapi abah macam tak lapang je. Ada jemputan katanya... Takpela...kecewa jugak bila abah kata tak jadi jumpa. Nak jumpa dia...Lama dah tak jumpa....

Dia cuma berharap, abah dapat datang...datang ke "motivasi" kat sekolah dia. Yela dia kan PMR tahun ni... hehehe...

Cinta yang utama
Cintaku pada Yang Maha Esa
Cintaku pada kekasihMU
Tiada bandingannya
Jika kumenghayati cintaMu Ya Allah,
Wahai Rasul Allah,
Sudah pasti aku akan mencintai ibu dan ayah
Sudah pasti aku mengasihi saudara-saudarku di mana jua
Suda pasti akan kubertemu cinta dengan hambaMU Ya ALLAH....

Barakallahu fik!!!!

Thursday, 16 April 2009

Mari belajar masak!!!!

Posted by Nahl at 09:52 0 comments

Thursday, 9 April 2009

Ya ALLAH, aku diuji!!!!

Posted by Nahl at 10:34 1 comments

بسم الله الرحمن الرحيم

10 April 2009, 14 Rabiul Akhir 1430 H...1.38 am

Input daripada ceramah Seminar Keluarga Cemerlang anjuran CITU UiTM Shah Alam :

"Kita berdoa kepada Allah untuk peroleh kebahagiaan... Tatkala itu, pelbagai ujian dah mehnah menimpa. Sabarlah tika waktu kita diuji kerana ALLAH mendengar setiap luahan hambanya.

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasa la bersangka baik pada Yang Maha Mencipta dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya"...

Diri ini kian alpa ditelan dunia... Sering kali dalam doaku, aku memohon diri ini ditetapkan iman, mendapat kebahagiaan dunia akhirat... dan sering kali juga diri ini diuji. Hanya tidak sedar, tidak sabar dan tiada muhasabah dalam menghadapi mehnah ujian ILAHI...

Terasa berat beban yang digalas tatkala assignment dan final exam muncul di jendela hidupku. Harusnya, bukan bebanan yang dirasa, sebaliknya kemanisan menggalas tanggungjawab yang tidak semua berada di jalan ini, yang mungkin ada yang futur di pertengahan... Teringat dengan satu kata-kata yang disampaikan kak Khairun,

"ان الفترات بعد المجا هدة من فساد الأبتداء"
"Sesungguhnya lemah semangat setelah mujahadah disebabkan permulaan yang fasad"

Fasadkah permulaanku?
Ikhlaskah niatku untuk berada di jalan ini?

Tatkala, mehnah dan ujian mula menjenguk, tangisan air mata menjadi peneman hidupku.

Dalam duka, hilang arah...
Dalam derita tercari-cari punca...

Hadirnya insan sejati mengubat hati,
Bukan terhadap dirinya,
tetapi membawa ke arah ILAHI!!!!

Jauhnya hati daripada cahaya kurniaan Ilahi,
Gelapnya jiwa tiada bertahajud di malam hari,
Kerasnya naluri tanpa istiqamah dan muhasabah diri,
Betapa jahilnya diri,
Semakin menjauhkan diri...

Sesungguhnya Allah Maha Mengasihi,
diberi hidayah kepada hamba-hambaNya yang tiada peringatan diri,

"Setapak ke arah Ilahi, Seribu kali Allah mendekati..."

"Nangislah, jangan simpan di hati...nangislah hingga hilang resah di hati...nangislah...nangislah kepada ILAHI!!!!! DIA lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..."

"أحسب النّاس أن يقولو ا ءامنّا وهم لآ يفتنون"

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan : "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi?

QS 29[al-ankabut] : 2

Setiap manusia pasti diuji, dengan pelbagai ujian menanti yang tak diketahui...

Berapa banyak soalan?
Berapa banyak markah?
Susah atau senang?

Sebaliknya kesabaran dan ketaqwaan yang akan diuji...

Tiada beza antara umat terdahulu dengan kini melainkan ketaqwaan kepada Ilahi...
Ujian yang sama silih berganti, hanya pelakonnya berlainan identiti...

"Ya Allah, istiqamahkanlah hatiku di atas jalan yang KAU redhai..."

"اللهم يا مقلب القلوب ثبّت قولوبنا على دينيك وطاعتيك"

Hadirkanlah ALLah dalam setiap langkah..
Niatlah kerana Allah dalam segala perbuatan...
Carilah rahmah dan berkah dalam setiap perlakuan....
Rasakanlah pengawasan ALLAH di setiap kali nadi berdenyut....
Bertwakallah setelah berusaha,
hanya ALLAH tempat kita bergantung......

Demi Masa...

Tags

Site Info

أهلان وسهلا ومرحبن بكم Photobucket

Followers

Through the Eyes... Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template